วันศุกร์ที่ 10 พฤษภาคม พ.ศ. 2556

ดูอาก่อนคลอด


  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)



BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’





3. Al-Hasyr : 21-24




4. Doa Selusuh




Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".


5. Doa Pemudah



"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".


CARA-CARA

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran anak.

Kali ni aku belum lagi dapatkan air selusuh. Ermm da ada doa2 ni rasa2 nya baik mintak suami buatkan, kan? Takpun suruh emak.. berkat tu... heheheheh... Lagi satu aku dapat doa ni:

Ya Dzal Jalaali Wal Ikram  - Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan

Antara Fadilatnya : 

Perempuan  yang ingin agar sentiasa tidak merasa sakit ketika hamil, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 11 kali setiap hari, tiupkan ke dalam air kemudian air itu diminum, Insyallah dia tidak akan sakit dan akan senang ketika melahirkan bayi...Insyallah.
. Ya Khafid (1000 kali)



Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น